Perbandingan dengan menara lain Petronas Tower

Deretan lakaran bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2010. Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH), menetapkan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di dunia sejak 1998, namun tahun 2004, gelaran tersebut disandang oleh Taipei 101. Menara Willis tidak dikira sebagai bangunan yang lebih tinggi, kerana antena tidak termasuk dalam perhitungan ketinggian sesebuah bangunan tertinggi, sebaliknya puncak (spire) dikira.Perbandingan bangunan tertinggi dunia yang mengambil kira ketinggian antena bangunan.Mengikut CTBUH, puncaknya yang menyumbang kepada ketinggian keseluruhan menara ini, oleh itu mengatasi Menara Willis.Plan lantai pembinaan Menara 1 pada aras 43 diadaptasi dari simbol geometri asas Islam iaitu Rub el Hizb.[5]

Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada tahun 2004, seperti yang diukur hingga ke atas komponen strukturnya (kemuncak, bukan antena).[6] Puncak (spire) dianggap sebagai bahagian penting dalam reka bina bangunan, dan jika diubah boleh banyak mengubah rupa dan reka bina bangunan, manakala antena boleh dipasang atau dicabut tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara Berkembar Petronas masih merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.[7]

Menara-menara Willis (dahulunya Spears) dan World Trade Center terbina dengan 110 tingkat yang boleh diduduki, iaitu lebih 22 tingkat berbanding Petronas Twin Towers yang ada 88 tingkat. Bumbung-bumbung dan tingkat tertinggi menara Willis dan World Trade Center agak melebihi ketinggian bumbung dan tingkat tertinggi Menara Berkembar Petronas. Antena tertinggi di Willis Tower adalah 75 meter (246 ka) lebih tinggi berbanding puncak-puncak Menara Berkembar Petronas. Walaupun demikian, mengikut peraturan dan garis panduan CTBUH,[4] antena-antena Menara Willis tidak diambil kira sebagai sebahagian ciri-ciri seni binanya.[8] Sebaliknya, puncak-puncak pada Menara Petronas dikira dalam ukuran ketinggian kerana bukan merupakan tiang antena. Oleh itu, Menara Berkembar Petronas mengatasi ketinggian rasmi Menara Willis dengan beza 10 meter (33 ka), padahal Menara Willis lebih banyak bilangan tingkat dan lebih besar kakian perseginya.